WAKAF & PELUPUSAN QURAN



Kelebihan Berwakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisidan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَأَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَفِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗوَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ 
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya:-
“Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalanAllah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiaptangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakanpahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagiMaha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


MAKSUD WAKAF

Dari sudut bahasa :
Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ ) bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’( اَلْمَنْعُ ) bermaksud dihalang
Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)

Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.

Wakaf am bermaksud sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.
Wakaf khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.

RUKUN WAKAF
1.    Orang yang mewakafkan. (الْوَاقِفُ)
2.    Pihak yang menerima wakaf. (المَوْقُوْفُ)
3.    Benda yang diwakafkan.  (الْمَوْقُوْفُ عَلَيْهِ)


Hikmah Berwakaf
Allah s.w.t berfirmandidalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidaksekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlahallah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yangterdapat didalam ibadah wakaf ialah:
1. menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
2. sebagai langkah mendekatkan diri kepada allahs.w.t
3. mendapat kebajikan yang berkekalan walaupunpewakaf telah meninggal dunia
4.  berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalammenyemarakkan syiar islam.
5.  Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomiummah dan
6.  Ianya juga secara tidak langsung dapatmengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

 salurkan harta anda melalui ir aura creative (badan pengurusan) untuk di wakafkan kepada yang memerlukan .Berminat sila hubungi Mohd Redzuan  017-4259727


link borang................


Sekiranya ada Al Quran lama yang ingin dilupuskan , kami menyediakan khidmat pengurusan 1 kg RM9 ..untuk penghantaran ke Pusat Pelupusan di Selangor-mendapat kelulusan JAKIM & Majlis FATWA kebangsaan

sila hantar atau hubungi saya untuk mengambil terus dari rumah anda..atau hantar ke

No 5 Tingkat Atas,
Jalan Pertiwi 1,
Taman Pertiwi,(seriab)
01000,angar Perlis

017-4259727


No comments:

Post a Comment